Wednesday, April 13, 2011

KELEBIHAN AIR

 
APA KEGUNAAN AIR

1. Apakah definisi air?
Secara saintifik, air didefinisikan sebagai gabungan H2O semata –mata (dua atom hidrogen dan satu atom oksigen).
2. Mengapa air penting terhadap badan manusia?
Air ialah asas kehidupan manusia. Ia mengawal dan menyelaras sistem penghadaman, detoksifikasi/sistem perkumuhan dan menyelaraskan suhu badan. Ia juga membantu mengekalkan kesihatan badan dan berat badan.
3. Adakah air dari paip air selamat diminum?
Di kebanyakan negara, air dirawat sebelum disalur kepada pengguna dan ada yang minum air terus dari paip. Ini menunjukkan bahawa air tersebut adalah 'selamat' atau dalam erti kata lain, 'boleh diminum'.
Di Malaysia, walaupun saya tidak kenal sesiapa yang minum air secara terus dari paip, tetapi kita akan terminum sedikit air paip setiap kali kita mengosok gigi. Memandangkan kita tidak mengalami kesakitan serta-merta atau masalah kesihatan, maka kita boleh menganggap air yang disalur ke rumah kita adalah 'selamat' diminium.
4. Adakah air paip menyihatkan?
Ramai di antara penduduk Malaysia yang saya temui kurang pasti tentang perkara ini. Oleh itu, kita harus mempertimbangkan bahawa 'selamat' tidak selalunya bermaksud 'sihat'. Untuk menerangkan maksudnya, satu analogi yang selalu saya gunakan ialah: Sekiranya anda berada di sebuah negara yang mundur, adakah anda akan pilih untuk makan di sebuah gerai tempatan atau di sebuah kedai makanan segera berangkaian antarabangsa?
Saya percaya hampir semua orang akan setuju bahawa makanan segera ialah pilihan 'selamat'. Akan tetapi, adakah anda akan makan makanan segera setiap hari walaupun ia adalah selamat? Harap–harap tidak! Oleh itu, 'selamat' tidak selalunya bersamaan dengan sihat melalui contoh ini.
5. Bagaimana pula dengan ubat-ubatan yang berbahaya dalam air?
Sebenarnya ubat-ubatan farmaseutikal – termasuk ubat penenang, ubat sakit jantung dan hormon jantina – melepasi proses rawatan air buangan yang moden dan meresap ke dalam bekalan air minuman seluruh dunia.
Mungkin tiada kesan buruk serta-merta apabila meminum air yang mengandungi sedikit sisa-sisa ubatan, tetapi dalam jangka masa yang lama, ia berpotensi membawa kesan mudarat pada kesihatan seseorang. Alasannya agak mudah: Ubat-ubatan dicipta khas untuk membawa kesan tertentu terhadap badan munusia walaupun dalam dosej yang rendah.
6. Adakah ini satu ancaman di Malaysia?
Pada saya, ini ialah ancaman kepada mana-mana negara yang penduduknya mengambil ubat-ubatan. Badan manusia sentiasa berfungsi pada cara yang sama, cara rawatan air juga adalah sama dan cara pembuangan ubat-ubatan yang tidak digunakan juga adalah sama. Oleh itu, masakan kita boleh mengharapkan keputusan yang berlainan?
7. Adakah terdapat sebarang ujian yang telah dilakukan terhadap isu ini?
Setakat hari ini, masih tidak ada permintaan secara mandat untuk menjalankan ujian atas kandungan ubat-ubatan farmaseutikal dalam air minuman. Sebenarnya, masih belum ada tahap keselamatan yang ditetapkan terhadap ubat-ubatan dalam air. Walau bagaimana pun, semenjak laporan siasatan AP selama 5 bulan dipaparkan pada bulan Mac tahun ini, perbincangan secara aktif telah dijalankan. Saya yakin bahawa anda tidak mahu anak anda meminum hormon jantina atau ubat-ubatan lain yang ditemui dalam air minuman seluruh dunia.
8. Bagaimana pula dengan bahan pencemar yang lain?
Ubat-ubatan ialah ancaman air terkini yang dilaporkan, tetapi ia mungkin bukan ancaman yang tunggal. Mengikut laporan Earth Day Network yang disiarkan di CNN, 14 juta penduduk Amerika minum air yang tercemar dengan racun rumpai setiap hari.
Di New Zealand, air bawah tanah Southland telah dikenal pasti mengandungi paras nitrat yang semakin melebihi tahap keselamatan. Kandungan nitrat yang tinggi berkait rapat dengan penyakit yang digelar 'Simpton Bayi Biru'. Air minuman yang mengandungi nitrat adalah sangat merbahaya kepada bayi, ibu mengandung serta janin.
9. Sistem rawatan air gagal menyingkirkan banyak jenis bahan pencemar. Adakah ini meningkatkan paras bahaya dalam air?
Laporan AP menunjukkan bahawa bahan disinfeksi kuat yang dikenali sebagai klorin digunakan untuk membunuh kuman dan virus. Akan tetapi, laporan yang sama juga menunjukkan bahawa klorin sebenarnya boleh menyebabkan sesetengah jenis pencemar farmaseutikal menjadi lebih merbahaya. Klorin bertindak-balas dengan bahan organik secara semula jadi dalam logi, sungai dan punca air yang merupakan sumber bekalan air minuman. Tindak balas ini menghasilkan bahan sampingan disinfeksi (DBP) seperti Trihalometana.
DBP ialah penyebab penyakit kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang minum air yang merngandungi klorin mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap beberapa jenis penyakit kanser berbanding dengan mereka yang tidak minum air yang berklorin. Ini merupakan salah satu sebab mengapa paras DBP dikawal secara ketat di kebanyakan negara.
Mengikut kajian pekerja alam sekitar yang diterbitkan pada tahun 2005, air paip yang disalurkan kepada 178,679,000 penduduk di 41 buah negeri di Amerika, mengandungi 44 jenis pencemar bahan sampingan proses rawatan, penyimpanan serta penghantaran air.
10. Adakah kita memerlukan air yang 'baik' untuk kesihatan yang baik?
Hampir 70% badan manusia terdiri daripada air! Bagaimanakah kita boleh mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya kita tidak minum air yang 'baik'?
11. Mineral adalah baik untuk kesihatan, jadi, betulkah air minuman patut mengandungi mineral-mineral?
Walaupun terdapat pendapat yang bercanggahan, saya amat pasti yang kita tidak memerlukan atau mahu mineral dalam air kita.
Pertama, kebanyakan mineral dalam air adalah tidak organik (daripada batu–batan yang berlarutan) dan sukar diuraikan atau digunakan oleh badan kita.

Kedua, walaupun badan kita boleh menggunakannya, tiada sistem rawatan air dalam rumah yang mampu membezakan mineral yang 'baik' seperti kalsium atau magnesium dengan mineral yang 'buruk' seperti nitrat, arsenik, plumbum dan sebagainya. Alam semula jadi membekalkan bumi dengan air melalui hujan atau salji yang langsung tidak mengandungi sebarang mineral. Tidak ada sebab mengapa air minuman kita mesti berbeza.

Ketiga, segelas susu mengandungi lebih banyak kalsium daripada 500 liter air paip secara purata. Untuk mendapat kandungan kalsium yang bersamaan dengan segelas susu, anda perlu minum sekurang-kurangnya 500 liter air paip setiap hari, yang sememangnya tidak mungkin berlaku.
12. Bagaimanakah kita memilih sistem rawatan air di rumah?
Kita seharusnya membezakan di antara sistem penapisan air dengan sistem penulenan air. Sistem penapisan air secara asas hanya menyingkirkan segelintir partikel dan mungkin bau dan warna air. Tetapi, sistem penulenan yang direka khas melakukan jauh lebih banyak daripada itu.
Tidak kira sama ada ia suatu sistem penapisan, pancaran UV, penyulingan atau penulenan, fungsinya adalah untuk membersih serta meningkatkan kualiti air. Oleh itu, pilihlah sistem yang bukan sahaja mampu meningkatkan rasa atau warna tetapi mampu menyingkirkan pencemar lain yang selalu dijumpai dalam air.
Kajilah teknologi yang digunakan, jenis pencemar yang boleh disingkirkan, perkhidmatan selepas pembelian anda, berapa tahun syarikat tersebut terlibat dalam perniagaan tersebut dan adakah produk tersebut diiktiraf oleh badan berdikari antarabangsa. Kesemua ini harus diberi perhatian

KAJIAN
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah :-
·         sakit kepala
·         sakit-sakit badan
·         sistem jantung
·         artritis
·         degupan jantung yang pantas
·         epilepsi
·         lemak berlebihan
·         bronkitis
·         tibi
·         meningitis
·         buah pinggang
·         jangkitan pada air kencing
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1.    Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
2.    Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
3.    Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.    Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.    Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
·         Tekanan darah tinggi - 30 hari
·         Gastrik - 10 hari
·         Diabetes - 30 hari
·         Sembelit - 10 hari
·         Kanser - 180 hari
·         Tibi - 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

2 comments:

  1. kelebihan air nie byk guna nya..jd info nie bagus bagi kita kongsi bersama...

    ReplyDelete