Thursday, April 14, 2011

TERLANJUR ATAU DIROGOL

Ape Penerimaannya...
Terima kasih dengan pembacaan anda terhadap artikel ini dan saya pasti ini membuka bukan sahaja mata kepala tetapi juga mata hati kita untuk melihat dan menilai 'fenomena' yang sering membawah 'malang' kepada kaum hawa ini
TerlanjuR atau dir0goL?

Kenapa kaum adam beserta kaum hawa melakukan 'keterlanjuran'?

Pertama, tidak ada didikan agama. Didikan agamalah yang menjadi benteng utama yang menghalang serangan-serangan berbentuk nafsu syawat. Jika tidak ada pengetahuan agama yang haram menjadi halal. Yang zina dirasakan bukan dosa. Jangan lupa, kuasa kegelapan: syaitan dan iblis laknat akan sentiasa mendampingi manusia yang tidak berserah sepenuhnya kepada pimpinan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Kedua, dipengaruhi oleh gambar dan filem lucah. Tepatnya media xxx dan prono. Manusia yang berpeluang melihat hasil media usang dan sampah ini sering kali cuba menyalurkan keinginan yang tak terkawal. Terjadilah hubungan seksual sehingga menjadi kebiasaan keterlanjuran yang tidak dapat dikekang lagi.

K
etiga, kaum adam & kaum hawa selalu dan sentiasa bersama-sama. Barangkali untuk permulaan mereka tidak ada pun niat hendak melakukan perkara terkutuk itu tetapi apabila sudah 'serasi' sesama sendiri, sebarang musibah pasti akan berlaku. Apa lagi kalau sudah terlalu akrab sehingga bersentuhan, berdekapan, berpelukan, dan 'sebagainya' tidak lagi dapat dikawal. Akhirnya....inilah yang dikatakan keterlanjuran suka-rela.

Keempat, tiada kawalan dari pihak keluarga terutamanya ibu dan bapa. Ibubapa mungkin terlalu sibuk sehingga tidak meluangkan sedikit masa untuk bertanya atau sekurang-kurang memperhati kegiatan dan rakan-rakan anak mereka. Anak yang dibiarkan sebegini beranggapan bahawa mereka tidak menghadapi permasalahaan. Lalu mereka berpaling kepada rakan sebaya, teman-teman untuk berkongsi sebarang perkara dalam hidup mereka. Kerana terlalu percaya akhirnya, tidak mustahil keterlanjuran akan berlaku.

Kelima, terhimpit dengan kehidupan yang serba mewah. Kekasih yang menawan dan kaya-raya pasti mempesonakan terutamanya apabila berhadapan dengan kehidupan yang ala serba mewah. Ditambah dengan pujuk rayu yang mengamit rasa pasti kalau alang-alang pendirian, 'body' akan kecundang.

Pendeknya perlakuan sehingga keterlanjuran itu berlaku sebenarnya dibawah k awalan sama ada kaum adam mahu pun kaum hawa. Maknanya kaum adam dan kaum hawa boleh menghindari perkara 'keterlanjuran' itu dari berlaku.

Lazimnya perlakuan rogol ini dilakukan oleh kaum adam terhadap kaum hawa walau pun ada kes-kes tertentu dimana kaum adam dirogol oleh kaum hawa. Namun peratusan kejadian ini terlalu kecil.

Sedikit input yang saya dapat paparkan di sini.

Pertama, rogol berlaku apa bila seseorang kaum adam dirasuki keinginan hawa nafsu yang melampau terhadap kaum hawa sehingga tidak terkawal. Dalam keadaan ini kaum adam ini sanggup melakukan apa saja: menculik, mengugut, mengancam, mencedera, dan sebagainya hanya semata-mata untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu syaitannya.

Kedua, kaum adam ingin menunjukkan 'kekuasaan' terhadap kaum hawa. Satu cara yang kaum adam ini lakukan ialah merogol individu tersebut. Niatnya bukan untuk memenuhi tuntutan nafsu syawatnya semata-mata tetapi untuk menguasi dan membiarkan kaum hawa itu'dilenyak' emosi dan perasaannya seumur hidupnya. Perlakuan seumpama ini dirancang.

Ketiga, kaum adam mahu membalas dendam. Satu kaedah bagaimana kaum adam ini dapat melaksanakan motifnya ialah dengan merogol mangsa tersebut. Perkara ini boleh membuatkan perogol berpuas hati walau pun pada dasarnya, perogolan itu bukanlah niatnya yang utama.

Kepada semua sahabat SCRIPTERS, maaf kerana saya menamakan 'kaum adam' dan 'kaum hawa' dalam artikel ini. Sebabnya lelaki itu terdiri dari kaum adam dan perempuan itu kaum hawa.

Secara keseluruhannya, perkara terlanjur amat berbeda dengan dirogol. Terlanjur berlaku kerana dengan rela melakukan 'keterlanjuran' tersebut. Yang pastinya, orang yang melakukan 'keterlanjuran' ini terlalu jauh dari perkataan 'suci' kecuali dengan pertobatan yang sungguh-sungguh.

Pada saya secara peribadi, rogol adalah kekejaman. Saya pernah berfikir ketika membaca dan melihat berita-berita pelogoran, bahawa bagi saya sendiri, andaikata saya berada pada posisi mangsa rogol, lebih baik mati dari pada menanggung rasa trauma dan kesengsaraan emosi sepanjang hidup. Apa pun disinilah pentingnya dokongan dan dorongan orang-orang yang paling dekat dengan mangsa misalnya ahli keluarga.

Ini ungkapan peribadi saya: tidak ada seorang pun wanita 'normal' di dunia ini yang sanggup dirogol. Ketahuilah ibu saya wanita, kakak-kakak saya juga wanita, saudara-saudara saya banyak yang berjantina wanita. Wanita ini dari segi fizikal memang lemah walau pun mereka cekal dan tabah [ada banyak perkara dan masa bilamana kecekalan dan ketabahan mereka diuji]

Kaum Hawa, thanx for everything, without you, I wonder how could I be in here today


1 comment:

  1. Malangnya, ramai wanita mengambil kesempatan. Terutamanya apabila keluarga masuk campur, buat report..dari terlanjur menjadi statement 'rogol'. Ini kes aniaya la pula. Klu dah terlanjur, biarlah lelaki tu bertanggungjawab, bukannya keluarga tu nak aniaya la pula. Daripada msyt x tau, jadi tau. alangkah baiknya jika diselesaikan dengan adil?

    ReplyDelete